Pro forma

Sunday, April 17, 2011

RUMUSAN

RUMUSAN

Perkara yang difokuskan adalah tugasan BMM 3105 iaitu membuat blog.Pada kali ini cabaran dalam menjalankan tugasan amat berat kerana saya perlu bermula dari bawah.Membuat blog merupakan sesuatu yang asing bagi saya dan perkara ini benar-benar mencabar.Walau bagaimanapun saya tetap melakukan dan menyuiapkan tugasan ini dengan jayanya.Tugasan ini merupakan satu persedian bagi saya untuk menjadi guru yang berkualiti dan menjadi pendidik yang baik untuk membantu anak bangsa di masa akan dating.Dewasa ini dunia degegarkan dengan teknologi yang begitu canggih dan semuanya makin mudah dan pantas.Sebagai seorang guru kita seharusnya perlu mengajar murid mengikut peredaran zaman.Jika dahulu murid-murid menulis diatas batu,seterusnya diatas kertas dan kini teknologi canggih mula menghantui pemikiran mereka hanya menggunakan hujung jari untuk mendapatkan segalanya.Perisai dan senjata ilmu yang kukuh perlu disediakan sebelum mesuk ke dunia perguruan.Tugasan ini banyak membantu saya untuk menyelami dunia teknologi dan bagaimana pembelajaran menggunakan teknologi yang baru dapat dijalankan di dalam kelas.

KEMAHIRAN BERTUTUR

kemahiran mendengar

Wednesday, April 13, 2011

ISU PENDIDIKAN

Bilangan guru berijazah ditambah


LALUAN cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan. _ Gambar hiasan.



KERAJAAN akan meningkatkan lagi guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015.

Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015.

Tawaran Baru ini mengandungi tiga elemen:

• Peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi;

• Meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru; dan

• Kaedah pengurusan prestasi baru yang lebih mantap. Kemajuan Kerjaya Lebih Cepat Berasaskan Kompetensi Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab utama siswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan.

Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja.

Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, pada kebiasaannya guru mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan ke gred jawatan yang seterusnya.

Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi tinggi.

Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai guru berpeluang mencapai gred yang lebih tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh membimbing guru baru lebih awal.

Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan.

Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan.

Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015.

SUMBER:

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0727&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=is_02.htm

Faktor-faktor Perkembangan dan Pertumbuhan Individu

Faktor-faktor Perkembangan dan Pertumbuhan Individu

Posted on Julai 20, 2009 by Minal Qalbi

Muqaddimah

Perkembangan atau pertumbuhan boleh diertikan satu proses yang bertahap, yakni bermula dari bahan yang kecil menjadi besar mengikut tempoh-tempoh yang tertentu sehingga menjadi matan. Para penganut agama Islam sememangnya telah didedahkan lebih awal melalui al-Quran. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku” (Surah al-‘Alaq: Ayat 2 ). Allah berfirman dalam ayat lain yang bermaksud, (12) Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. (13) Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh. (14) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (15) Kemudian, Sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. (16) Kemudian Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat. (Surah al-Mu’minun: Ayat 12 – 16). Berdasarkan pengertian ayat-ayat di atas, jelaslah kepada kita tentang turutan kejian manusia yang bermula daripada tanah sehinggalah menjadi makhluk yang bernyawa yang digelarkan sebagai insan. Soal perkembangan atau pertumbuhan seseorang individu itu sebenarnya prosesnya bermula ketika alam roh lagi, seterusnya alam rahim, alam dunia, alam kubur dan diakhiri alam akhirat yang kekal abadi.

Bermula dari alam Roh sehinggalah ke alam akhirat seseorang insan itu tidak dapat tidak, mesti melalui beberapa pengalaman hidup, samada pahit atau manis. Faktor-faktor pahit atau manis inilah yang akan mempengaruhi perkembangan serta pertumbuhan individu itu samada dari aspek jasmaniah atau rohaniah. Apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “Sesungguhnya lahirnya seorang bayi itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka terserahlah kepada kedua ibu bapa mereka untuk mencorakkannya sebagai yahudi, majusi atau nasrani”. Apa yang ingin pengkaji kaitkan di sini ialah faktor yang mana satukah yang lebih kuat mempengaruhi seseorang insan itu, samada faktor Baka atau Persekitaran.

1. Pertumbuhan dan Perkembangan Insan

1.1 Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan

Kita menumpukan banyak masa dan tenaga untuk memberi perhatian dan pendidikan kepada kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah unik dan istimewa. Zaman kanak-kanak adalah bermakna untuk menyediakan asas yang kuat untuk alam dewasa. Dengan demikian, kita menghargai zaman kanak-kanak sebagai masa untuk pertumbuhan dan perubahan. Dalam jangka waktu ini, kanak-kanak memperoleh kemahiran baru dan menghadapi tugasan alam baru, jadi, setiap individu pernah melalui kehidupan yang sama, belajar berjalan pada umur satu tahun, memasuki alam fantasi permainan kanak-kanak, belajar perkataan baru semasa di tadika dan berdikari apabila remaja.

1.2 Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan

Setelah memahami bahawa pelbagai aspek pertumbuhan dan perkembangan tidak berlaku serentak, kita perlu pertimbangkan beberapa prinsip berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan yang penting. Antara lima prinsip-prinsip tersebut ialah:-

i- Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus.

ii- Pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan peningkatan kerumitan.

iii- Pertumbuhan dan perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza

iv- Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib.

v- Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur.

2. Teori-teori perkembangan (Teori Perkembangan Manusia)

Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Konsep perkembangan manusia. Jadual di bawah menghuraikan perkembangan manusia dari aspek jasmani, mental, emosi dan sosial.

Aspek

Perkembangan

Pertumbuhan

Jasmani

Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar, membuat kerja.

Pertumbuhan saiz, berat, gigi, organ deria, anggota.

Mental

Kemahiran berfikir, mengingat, menaakul, menganalisis.

Bertambah keupayaan berfikir.

Emosi

Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu.

Perasaan seronok, gembira, duka, takut, bimbang, sedih.

Sosial

Kemahiran didiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain.

Meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain.

2.1 Teori Perkembangan Biologi Arnold Gesell

Menurut Gesell, kematangan merupakan faktor yang penting dalam proses pembelajaran. Setiap kali seorang kanak-kanak memasuki satu peringkat perkembangan yang baru, kanak-kanak itu akan menunjukkan tingkah laku yang stabil.

Menurut Gesell, terdapat lima peringkat perkembangan dalam masa lima tahun iaitu:

2.1.1 Peringkat pertama (0 hingga 1 tahun)

Ketika berumur satu bulan, bayi sudah menghasilkan tangisan yang berbeza untuk menyatakan kehendak yang berlainan. Contohnya, tangisan bayi yang lapar adalah berlainan dengan tangisan yang inginkan perhatian ibunya.

2.1.2 Peringkat kedua (1 hingga 2 tahun)

Pada peringkat ini, bayi sudah boleh bertatih dan dapat memahami perkataan ‘jangan’ apabila dilarang . Pada akhir peringkat dia boleh berjalan dan berlari serta mula bercakap tetapi masih pelat.

2.1.3 Peringkat ketiga (2 hingga 3 tahun)

Kanak-kanak mula berjalan dengan dipimpin dan boleh makan sendiri serta bercakap dengan menggunakan ayat yang mudah.

2.1.4 Peringkat keempat (3 hingga 4 tahun)

Kanak-kanak peringkat ini berupaya untuk menunggang basikal beroda tiga serta dapat menerima arahan daripada ibu bapa.

2.1.5 Peringkat kelima (4 hingga 5 tahun)

Kanak-kanak mula bersosialisasi serta berupaya mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Bersedia untuk dihantar ke sekolah.

Setiap peringkat ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri mengikut kematangan pada peringkat umur yang telah diklasifikasikan. Oleh itu, jika dilihat teori perkembangan Gesell, terutamanya bagi murid yang bermasalah, kita perlu melihat sejauhmana ianya ketinggalan daripada tahap yang sepatutnya dilalui pada peringkat umur tertentu.

2.2 Teori Tugas – Tugas Perkembangan Robert Havisghurst

Menurut Havisghurst aspek persekitaran amat penting dalam perkembangan seseorang individu. Keperluan seseorang juga berkait rapat dengan kebudayaan masyarakatnya. Misalnya, mengikut budaya Barat, cara seseorang bapa menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anak mereka ialah dengan memeluk mereka tanpa mengira umur dan jantina. Amalan ini berbeza dengan budaya kita iaitu seorang bapa dengan anak remaja perempuan adalah tidak digalakkan. Justeru itu, beliau telah memperkenalkan tugas perkembangan iaitu tugas – tugas atau fungsi – fungsi yang lahir pada satu masa dalam kehidupan seseorang.

Havighurst membahagikan peringkat perkembangan kanak-kanak kepada tiga peringkat.

2.2.1 Peringkat lahir hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun)

1. Belajar makan makanan pejal, berjalan, bercakap, membuang najis dan membuat penyesuian emosi.

2. Membezakan jantina

3. Membentuk konsep seperti betul dan salah.

2.2.2 Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)

1. Membentuk kemahiran fizikal untuk permainan.

2. Membentuk konsep diri yang sihat.

3. Menguasai konsep moral, nilai dan kemahiran hidup.

2.2.3 Awal remaja dan remaja (12 hingga 18 tahun)

1. Menjalin perhubungan baru yang lebh matang dengan rakan sebaya, terutama dengan yang berlainan jantina.

2. Belajar dengan cara sendiri dan tidak mengikut emosi ibu bapa atau orang dewasa.

3. Berusaha mencapai kesempurnaan kendiri.

Berdasarkan teori perkembanagn ini, kita dapat membantu murid-murid melalui motivasi-motivasi supaya mereka tidak berputus asa jika pada satu peringkat mereka akan gagal untuk mencapai sesuatu.

2.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Menurut teori Piaget, pemikiran kanak-kanak terbentuk melalui proses akomodasi dan similasi. Melalui proses asimilasi, kita boleh membantu mereka dengan menerapkan semula nilai ataupun ilmu kepada murid supaya mereka dapat mengimbas kembali apa yang dipelajari. Melalui akomodasi pula, kanak-kanak terpaksa membuat perubahan dan modifikasi kepada skima pemikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima tidak sepadan skima pemikiran lama. Menurut Piaget, terdapat empat peringkat perkembangan intelek.

2.3.1 Peringkat deria motor (0 hingga 2 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak banyak mengunakan deria motor seperti memegang untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Kanak-kanak juga belum memperoleh kewujudan objek. Ini bermaksud apabila suatu objek yang pernah dilihat disimpan, maka mereka akan beranggapan objek itu tidak ada lagi.

2.3.2 Peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol untuk mewakili objek-objek yang dilihatnya. Kanak-kanak mula bertutur tetapi pertuturannya bersifat egosentrik iaitu topik perbualan berkisar tentang dirinya.

Kanak-kanak juga belum memperoleh konsep pengekalan. Misalnya, dua biji gelas yang diisi air dengan isi padu yang sama dalam bentuk yang tidak sama saiznya. Mereka sebenarnya masih belum dapat membezakan isi padu air itu adalah sama dan mengatakan gelas yang lebih tinggi pasti mempunyai isi padu air yang lebih banyak.

2.3.3 Peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun)

Kanak-kanak hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah yang melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit. Mereka sudah boleh menerima pendapat orang.

2.3.4 Peringkat operasi formal (11 hingga dan ke atas)

Penaakulan dan fikiran secara abstrak mula terbentuk. Mereka sudah boleh menggunakan prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak serta membentuk hipotesis ketika menyelesaikan sesuatu masalah.

Di sini, guru akan memberi bantuan dengan memberi bimbingan dan memberitahu sama ada apa yang difikirkan itu betul atau tidak.

2.4 Teori perkembangan Sigmund Freud

Jika kita melihat teori perkembangan Sigmund Freud, kita dapati dalam teori ini terdapat 3 elemen penting iaitu id, ego dan superego. Jika kita melihat ketiga-tiga elemen ini bertindak dengan betul dan saling bekerjasama, maka tindakan yang bakal kita lakukan akan menjadi satu tindakan yang betul.

Sigmund Freud menyatakan perkembangan emosi fizikal manusia boleh dibahagikan kepada 5 peringkat iaitu oral, anal, phallic, latency dan genital.

2.4.1 Oral (gigit dan hisap)

Pada peringkat pertama oral (gigit dan hisap) ia melibatkan bayi yang berumur 0 hingga 1 ½ tahun. Pada peringkat ini perkembangan emosi fizikal manusia memiliki ciri-ciri memperoleh kepuasan dan belajar menghisap, menggigit dan menelan selepas 8 bulan.

Personaliti akan terbentuk melalui pengalaman yang dialami. Bagi kanak-kanak yang tidak suka menggigit dan makan mereka akan memperoleh tingkah laku agresif dan suka mengejek orang lain.

2.4.2 Anal (dubur)

Peringkat kedua ini melibatkan kanak-kanak yang berumur 1 ½ tahun hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan memperoleh kepuasan daripada aktiviti pembuangan najis. Mereka sudah boleh membentuk sifat bersih, kemas dan berjimat sekiranya dipupuk dengan cara yang sesuai. Mereka membentuk personaliti jenis pemarah jika diberi latihan tandas yang tegas. Namun, mereka mempunyai nilai tolak ansur sekiranya diberi latihan tandas yang positif.

2.4.3 Phallic (Falik)

Pada peringkat ketiga ia melibatkan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Ciri-ciri perkembangan emosi fizikalnya ialah mereka akan memperoleh keseronokan daripada organ kejantinaan. Anak lelaki akan lebih tertarik dengan ibu yang dikenali sebagai konflik oedipus . Anak perempuan lebih tertarik kepada ayah iaitu konflik elektra.

Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula guna helah bela diri untuk melindungi dirinya daripada perbuatan yang telah dilakukannya. Di samping itu, timbul keinginan untuk meniru pekerjaan dan tingkah laku yang diamalkan oleh ibu bapa dan orang yang berdekatan dengannya.

2.4.4 Latency (Pendaman)

Peringkat latency (pendaman) melibatkan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Mereka sudah mempunyai keinginan untuk cuba mengambil tahu tentang rakan-rakan sebaya. Mereka mula menyimpan perasaan kasih sayang kepada orang lain. Mereka juga mempunyai perasaan untuk menjauhkan diri daripada anggota keluarga dan mengalirkan perasaan sentimen kepada orang lain.

2.4.5 Genital (Kejantinaan)

Peringkat ini melibatkan mereka yang mula masuk ke alam remaja yang berumur 12 hingga 19 tahun. Pada peringkat ini, sudah ada timbul minat dan menaruh perasaan pada rakan yang berlainan jantina. Mereka gemar bersosialisasi dengan rakan sebaya dan melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Adanya keinginan untuk memilih kerjaya yang ingin diceburi selepas tamat sekolah dan mula berfikir pada perkara yang berkaitan dengan perkahwinan.

2.5 Teori perkembangan emosi Erik Erikson

Dalam teori perkembangan Erik Erikson, konflik emosi memainkan peranan yang penting. Kegagalan untuk mengatasi konflik boleh membawa kepad masalah penyesuaian psikologikal. Namun begitu, Erikson percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk mencapai perkembangan emosi dan psikologi yang sihat.

Dalam teori perkembangan Ausubel David yang juga dikenali sebagai teori pembelajaran penemuan. Ciri-ciri penemuan Ausubel termasuk resepsi, pembelajaran penemuan, bahasa dan pengajaran bermakna dan hafazan.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada perancangan yang dilakukan oleh guru mengikut peringkat perkembangan pelajar.

2.5.1 Perkembangan Jasmani

Mengadakan sesuatu permainan dalam Pendidikan Jasmani sesuai dengan tahap perkembangan fizikal pelajar. Guru juga hendaklah memahami mereka tidak boleh mengadakan aktiviti yang begitu kompleks atau sukar untuk diikuti oleh pelajar sekiranya pelajar tersebut belum cukup matang atau mahir untuk mengendalikan sesuatu aktiviti.

2.5.2 Perkembangan Kognitif

Alat bantu mengajar yang digunakan hendaklah bertepatan dan sesuai untuk digunakan. Isi pelajaran yang hendak diajar hendaklah diajar mengikut tahap daripada tahap yang mudah kepada yang lebih kompleks, umum kepada yang khusus dan daripada yang konkrit kepada abstrak.

2.5.3 Perkembangan Emosi

Guru bertindak untuk memupuk emosi yang sihat dan mencegah tingkah laku yang tidak baik yang mungkin boleh berlaku di kalangan pelajar. Misalnya, menunjukkan sifat penyayang dan membantu pelajar mengawal emosi dalam situasi tertentu.

2.5.4 Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial pelajar boleh dibentuk dengan mengadakan aktiviti berkumpulan, perbincangan, dan bekerjasa untuk menyelesaikan masalah pelajaran bersama-sama. Dengan mengadakan aktiviti kumpulan, guru boleh membentuk perkembangan sosial mereka.

3. Faktor baka (genetik) dan persekitaran

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan individu. Antaranya ialah:

3.1 Pengaruh genetik

Pengaruh baka dalam sel gamet didapati memainkan peranan penting sebagai penentu ciri-ciri anaknya. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat dilihat berdasarkan perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi.

3.1.1 Perbezaan fizikal

Setiap individu,kecuali sesetengah kanak-kanak kembar mempunyai ciri fizikal yang berbeza sama ada saiz, tinggi, berat badan, warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal luaran seperti warna rambut atau organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu dan bapa.

3.1.2 Perbezaan mental (kognitif)

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheild (1962) membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya

3.1.3 Perbezaan Emosi

Emosi seseorang individu juga diwarisi daripada ibu bapa. Misalnya, jika ibu bapanya mempunyai sikap yang pemarah dan panas baran, mereka akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

3.2 Pengaruh Persekitaran

Selain daripada keluarga, faktor rakan sebaya, jiran, guru sekolah, atau kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi sikap setiap individu dalam proses perkembangannya.

3.2.1 Keluarga

Institusi memberi pengaruh yang amat kuat dan utama terhadap proses perkembangan manusia. Unsur-unsur keluarga ini melibatkan corak kehidupan mereka di rumah, makanan, asuhan dan status ekonomi. Faktor-faktor inilah yang akan mempengaruhi perbezaan perkembangan setiap individu.

3.2.2 Guru dan sekolah

Guru turut berperanan dalam perkembangan pelajar dari segi intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak dan bertanggungjawab.

3.2.3 Kebudayaaan dan Kepercayaan Masyarakat

Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dari aspek sosio emosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan pegangan agama akan membezakan corak hidup dan perlakuan.

Sehubungan dengan itu, murid-murid hendaklah dibahagikan mengikut kumpulan seperti kumpulan cerdas, sederhana dan lemah. Bagi murid yang lemah mereka hendaklah diberi pendidikan pemulihan, selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

4. Kesimpulan

Bila memperkatakan antara faktor baka atau persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Ianya sebenarnya merujuk kepada yang mana lebih mempengaruhi, kerana kedua-duanya memberi kesan terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu.


BIDANG ILMU LAIN

BROSUR TATACARA PENGGUNAAN INTERNET




BROSUR PENGGUNAAN TATACARA INTERNET

Garis Panduan Menggunakan Internet

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan Internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa. Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan Internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan.

Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan Internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi Internet dan e-mel.


TATACARA PENGGUNAAN INTERNET

1. Teknologi Internet telah memudahkan perhubungan antara pengguna dan menyediakan akses kepada banyak maklumat dalam pelbagai bentuk format dengan menyediakan sumber pembelajaran, rekreasi, penyelidikan, analisis, rujukan dan bahan-bahan lain yang berfaedah. Perkhidmatan Awam dalam usahanya menuju ke arah pemodenan tadbiran telah melihat Internet sebagai satu platform untuk penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan. Dalam konteks ini, penjawat awam perlu menggunakan kemudahan Internet dengan cara yang bertanggungjawab dan konsisten.

2. Internet adalah infrastruktur saluran global dan merupakan punca maklumat yang tidak terkawal. Dengan sebab itu, ketepatan maklumat Internet tidak boleh ditentukan. Justeru, penjawat awam perlu memainkan peranan dan bertindak secara bijak menilai kesahihan, ketepatan dan kesesuaian sesuatu maklumat yang diperolehi agar kerja yang dilaksanakan tidak menyimpang dari tujuan sebenar jabatan.

3. Penggunaan Internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik, mengganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidmatan Awam. Oleh yang demikian, bagi menjamin kemudahan Internet digunakan dengan selamat, adalah wajar setiap agensi menentukan latihan yang bersesuaian, penggunaan teknologi yang kukuh dan dasar yang menyeluruh agar pelanggaran seumpamanya tidak berlaku.

4. Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam menggunakan Internet.
(a) Hak Akses Pengguna
Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh agensi untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik Kerajaan.
(b) Memilih Laman
Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan.
(c) Pengesahan Maklumat
Bahan yang diperolehi dari Internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber Internet hendaklah juga dinyatakan.
(d) Muat Naik Bahan
Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke Internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.
(e) Muat Turun Bahan
Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun dari Internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja.
(f) Perbincangan Awam
Hanya pegawai yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan tertakluk kepada dasar dan tatacara yang telah ditetapkan. Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej Kerajaan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat berkenaan.
5. Penjawat awam adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet seperti:
a) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen;

b) menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan;

c) menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah;

d) menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat Internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan;

e)menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin board;

f) memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain;

g) memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu;

h) menggunakan kemudahan chatting melalui Internet;

i) menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi;

j) menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik;

k)melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas;

l) memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video, lagu dan kepilan fail melebihi saiz 2 megabait yang boleh mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer; dan

m)menggunakan kemudahan modem peribadi untuk membuat capaian terus ke Internet.

TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK

1. Mel elektronik atau e-mel adalah merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik. Aplikasi e-mel ini digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi lebih daripada dua hala dengan cara yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas.

2. Setiap penjawat awam mempunyai e-mel rasmi yang digunakan untuk tujuan rasmi dan didaftarkan di bawah agensi Kerajaan. Salah satu contoh alamat e-mel rasmi ialah ahmad@jpm.gov.my . E-mel rasmi boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu e-mel rahsia rasmi dan e-mel bukan rahsia rasmi. (a) E-mel Rahsia Rasmi E-mel yang mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan yang dikelaskan mengikut pengelasannya sama ada Terhad, Sulit, Rahsia atau Rahsia Besar.

(b) E-mel Bukan Rahsia Rasmi
E-mel yang tidak mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasmi. 3. Semua agensi digalakkan untuk mewujudkan satu alamat e-mel khusus bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan agensi berkenaan sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, membuat aduan atau mengemukakan pandangan. Contoh alamat e-mel khusus agensi ialah gcert@mampu.gov.my .

4. Berikut adalah kaedah penggunaan e-mel yang betul dan disesuaikan pemakaiannya di setiap agensi Kerajaan. (a) Pemilikan Akaun E-mel Pemilikan akaun e-mel bukanlah hak mutlak seseorang. Ia adalah kemudahan yang tertakluk kepada peraturan jabatan dan boleh ditarik balik jika penggunaannya melanggar peraturan. Akaun atau alamat e-mel yang diperuntukkan oleh jabatan sahaja boleh digunakan. Penggunaan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama adalah dilarang.

(b) Format E-mel adalah salah satu saluran komunikasi rasmi Kerajaan. Ini bermakna, setiap e-mel mestilah mengandungi rujukan fail, tarikh dan logo rasmi. Penggunaan huruf besar kandungan e-mel adalah tidak digalakkan dan dianggap tidak beretika. Sebaik-baiknya, gabungan huruf besar dan huruf kecil digunakan dan dipraktikkan di tempat-tempat yang bersesuaian di samping mengamalkan penggunaan bahasa yang betul, ringkas dan sopan. Pengguna juga perlu memastikan bahawa subjek dan kandungan e-mel adalah berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan yang sama sebelum penghantaran dilakukan.

(c) Penghantaran
Penghantaran e-mel rasmi hendaklah menggunakan akaun e-mel rasmi dan pastikan alamat e-mel penerima adalah betul. Penghantar boleh menggunakan kemudahan ‘salinan kepada' (cc) sekiranya e-mel tersebut perlu dimaklumkan kepada penerima lain. Bagaimanapun, penggunaan ‘blind cc' (bcc) tidak digalakkan.

Kemudahan ‘reply' digunakan untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal dan ‘forward' untuk memanjangkan e-mel atau dimajukan kepada penerima lain. Sebagai amalan baik, e-mel penghantar hendaklah dijawab selewat-lewatnya 4 hari dari tarikh e-mel berkenaan diterima. Kemudahan penghantaran e-mel jawab automatik semasa berada di luar pejabat bagi tempoh waktu yang panjang, boleh dipertimbangkan penggunaannya oleh Jabatan.

(d) Penghantaran Bersama Fail Kepilan
Penghantar hendaklah mengamalkan penggunaan fail kepilan, misalnya mengepilkan fail minit mesyuarat dan elakkan dari menghantar dan menerima fail e-mel yang bersaiz melebihi 2 megabait. Sekiranya perlu, kaedah pemampatan untuk mengurangkan saiz fail adalah disarankan.

(e) Penerimaan
Pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui.

(f) Mengenal Pasti Identiti Pengguna
Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui e-mel. Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.

(g) Penyimpanan
Setiap e-mel rasmi yang dihantar atau diterima hendaklah disimpan mengikut tatacara pengurusan sistem fail elektronik agensi masing-masing.

Pengguna hendaklah memastikan jumlah e-mel yang disimpan di dalam kotak masuk e-mel adalah tidak melebihi ruang storan yang telah diperuntukkan dan mengutamakan penyimpanan e-mel yang perlu sahaja. Penyimpanan salinan e-mel pada sumber storan kedua seperti disket adalah digalakkan bagi tujuan keselamatan.

(h) Pemusnahan dan Penghapusan
E-mel yang tidak penting dan tidak mempunyai nilai arkib yang telah diambil tindakan dan tidak diperlukan lagi bolehlah dihapuskan. (Contoh: draf kertas kerja, draf minit, kertas makluman dan brosur).

(i) Tarikh dan Masa Sistem Komputer
Sebelum sesuatu mesej dihantar, perlu ditentukan tarikh dan masa sistem komputer adalah tepat. 5. Pengguna adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan e-mel rasmi Kerajaan seperti: (a) menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaun kepada orang lain;

(b) menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat yang sah;

(c) menggunakan e-mel untuk tujuan komersial atau politik;

(d) menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah;

(e) menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang berunsur hasutan, e-mel sampah, e-mel bom, e-mel spam, fitnah, ciplak atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia;

(f) menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain;

(g) menghantar semula e-mel yang gagal sampai ke destinasi sebelum menyiasat punca kejadian; dan

(h) membenarkan pihak ketiga untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal bagi pihaknya.

PENGARKIBAN

Rekod elektronik rasmi adalah merupakan rekod awam mengikut tafsiran Akta Arkib Negara Malaysia No. 44/1966. Ia merangkumi sebarang mesej atau rekod komputer (termasuk fail kepilan) yang diwujud, dihantar, diserah, dijawab, diedar, disimpan, disalin, dipapar, dibaca atau dicetak oleh sistem atau perkhidmatan rekod elektronik sesebuah agensi Kerajaan.

(a) Rekod Elektronik yang Penting
Rekod elektronik rasmi yang penting perlu disimpan di dalam sistem komputer jabatan sehingga tindakan ke atasnya selesai. Jabatan mestilah menghantar rekod elektronik yang penting dan mempunyai nilai arkib ke Arkib Negara untuk simpanan kekal.

(b) Rekod Elektronik yang Tidak Penting
Rekod elektronik rasmi yang tidak penting tetapi tindakan perlu diambil ke atasnya, tidak perlu dihantar ke Arkib Negara. Contohnya, makluman dan draf.

(c) Pemindahan Rekod Elektronik ke Arkib Negara
Bagi rekod-rekod elektronik yang penting dan mempunyai nilai arkib yang hendak dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia mestilah di dalam format dan tatacara yang ditentukan oleh Arkib Negara.

(d) Penghapusan dan Pelupusan Rekod Elektronik
Sebarang cadangan penghapusan atau pelupusan rekod-rekod elektronik yang mempunyai nilai arkib perlulah dirujuk dan mendapat kelulusan daripada Arkib Negara Malaysia.


KAWALAN KESELAMATAN INTERNET DAN E-MEL

Internet dan e-mel adalah terdedah kepada ancaman seperti pencerobohan, penyelewengan, pemalsuan, pemintasan dan pembocoran rahsia. Dengan itu, keselamatan Internet dan e-mel perlu untuk melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat bukan rahsia rasmi Kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah. Keselamatan Internet dan e-mel bergantung kepada faktor-faktor sokongan berikut.

(a) Keselamatan Fizikal
Komputer hendaklah diletakkan di tempat yang mempunyai kawalan fizikal yang selamat daripada penceroboh atau sebarang bentuk capaian tidak sah.

(b) Keselamatan Dokumen Elektronik
Bagi memastikan semua fail yang dihantar dan diterima bebas daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan, perisian anti-virus dan penapis malicious codes perlulah dikemas kini dari semasa ke semasa.
Semua maklumat rahsia rasmi atas talian perlu berada dalam bentuk teks sifer sepanjang masa, manakala maklumat rahsia rasmi yang tidak diperlukan atas talian mesti dipindahkan segera ke media storan elektronik sekunder dalam bentuk teks sifer dan hendaklah dikelaskan. Peraturan mengelaskan maklumat digital telah digariskan dalam dokumen Malaysian Public Sector Management of Information & Communications Technology Security Handbook (MyMIS), Buku arahan Keselamatan dan Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 "Peraturan Pengurusan Rahsia Rasmi Selaras Dengan Peruntukan-Peruntukan Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986".

Sekiranya penyelenggaraan komputer hendak dilaksanakan, agensi perlu memastikan semua maklumat bukan rahsia rasmi atau rahsia rasmi di dalam komputer berkenaan telah dikeluarkan dan selamat sebelum menghantar komputer untuk penyelenggaraan.

(c) Tandatangan Digital
Agensi Kerajaan yang mengendalikan maklumat rahsia rasmi mesti menggunakan tandatangan digital yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perakuan tempatan yang ditauliahkan oleh Kerajaan Malaysia iaitu Pihak Berkuasa Persijilan (Certification Authority).

(d) Keselamatan Pengendalian E-mel Rahsia Rasmi
Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan bagi menentukan keselamatan dan kesahihan e-mel rahsia rasmi iaitu: (i) penyulitan mesti dilakukan ke atas semua e-mel rahsia rasmi yang dihantar, diterima dan disimpan;

(ii) penerima e-mel rahsia rasmi mesti mengesahkan kesahihan dokumen apabila ditandatangani secara digital oleh pengirim;

(iii) penerima mesti membuat akuan penerimaan e-mel rahsia rasmi sebaik sahaja menerimanya;

(iv) e-mel rahsia rasmi bertanda Rahsia Besar dan Rahsia tidak boleh dimajukan kepada pihak lain. Sementara e-mel bertanda Sulit dan Terhad yang hendak dimajukan kepada pihak lain memerlukan izin daripada pemula dokumen;

(v) e-mel yang melibatkan maklumat rahsia rasmi yang hendak dimusnahkan perlulah ditulis ganti (overwrite) sekurang-kurangnya tiga (3) kali dengan fail yang lain sebelum dipadamkan; dan

(vi) agensi perlu menentukan sistem e-mel rahsia rasmi yang disambungkan kepada Internet atau Intranet mesti mempunyai sistem keselamatan yang mencukupi seperti Firewall dan Virtual Private Network.
TANGGUNGJAWAB PENTADBIR SISTEM ICT

Bagi memastikan pengendalian Internet dan e-mel agensi beroperasi dengan sempurna dan berkesan, pentadbir sistem ICT adalah bertanggungjawab:

a) menentukan setiap akaun yang diwujudkan atau dibatalkan telah mendapat kelulusan Ketua Jabatan. Pembatalan akaun (pengguna yang berhenti, bertukar dan melanggar dasar dan tatacara jabatan) perlulah dilakukan dengan segera atas tujuan keselamatan maklumat. Pentadbir sistem ICT boleh membekukan akaun pengguna, jika perlu, semasa pengguna bercuti panjang, berkursus atau pun menghadapi tindakan tatatertib;

b) menggunakan perisian pemecahan kata laluan yang dibenarkan untuk mengenal pasti kata laluan pengguna yang lemah dan kemudiannya mencadang dan memperakukan ciri-ciri kata laluan yang lebih baik kepada pengguna;

c) menghalang kemasukan maklumat dari laman Internet yang berunsur ganas, lucah, permainan elektronik atas talian, judi dan lain-lain aktiviti yang dilarang;

d) menyimpan jejak audit selama sekurang-kurangnya dua (2) bulan di dalam pelayan e-mel berkenaan, tertakluk kepada kemampuan ruang storan, dan tiga (3) tahun di dalam media storan lain;

e) menjalankan pemantauan dan penapisan kandungan fail elektronik dan e-mel secara berkala jika difikirkan perlu tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pengguna. Ini bertujuan memastikan pelaksanaannya mematuhi dasar dan tatacara yang ditetapkan;

f) melaksanakan jadual penstoran dan pengarkiban e-mel agensi. Penyimpanan media storan sama ada di luar atau di dalam kawasan mestilah mempunyai ciri-ciri keselamatan fizikal yang terjamin bagi mengelak daripada sebarang risiko seperti kehilangan maklumat bernilai;

g) memaklumkan kepada Ketua Jabatan sekiranya mengalami insidenkeselamatan seperti pencerobohan sistem, serangan virus atau sebarang masalah kerosakan. Pentadbir sistem ICT hendaklah mengurus dan menangani insiden yang berlaku dengan segera dan sistematik sehingga keadaan kembali pulih. Agensi juga perlu melaporkan setiap insiden kepada GCERT mengikut Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2001 "Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)"; dan

h) melaksanakan penyelenggaraan ke atas sistem e-mel dengan baik dan menentukan segala patches terkini yang disediakan oleh pihak pembekal perisian dipasang dan berfungsi dengan sempurna.


TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

Pengguna hendaklah mematuhi tatacara penggunaan Internet dan e-mel yang telah ditetapkan agar keselamatan ke atas pemakaiannya akan terus terjamin. Peranan dan tanggungjawab pengguna adalah seperti berikut:

(a) menggunakan akaun atau alamat e-mel yang diperuntukkan oleh jabatan;

(b) memaklumkan kepada pentadbir sistem ICT dengan segera sekiranya mengesyaki akaun telah disalahgunakan;

(c) menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian dengan merujuk Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan di Lampiran (d) memastikan setiap fail yang dimuat turun bebas dari virus sebelum digunakan;

(e) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan fail elektronik termasuk e-mel di dalam akaun sendiri. Dengan itu, pengguna perlu bertindak bijak, profesional dan berhati-hati apabila berkomunikasi menerusi saluran elektronik;

(f) berhenti dan memutuskan talian dengan serta-merta sekiranya kakitangan menerima dan disambungkan ke laman Internet yang mengandungi unsur-unsur tidak menyenangkan;

(g) mengadakan salinan atau penduaan pada media storan kedua elektronik seperti disket dan sebagainya bagi tujuan keselamatan;

(h) memastikan kemudahan e-mel digunakan dan dibiarkan aktif pada keseluruhan waktu bekerja supaya e-mel yang dialamatkan sampai tepat pada masanya dan tindakan ke atasnya dapat disegerakan;

(i) menggunakan kemudahan password screen saver atau log keluar apabila hendak meninggalkan komputer;

(j) memaklumkan kepada pentadbir sistem ICT sekiranya berada di luar pejabat dalam tempoh waktu yang panjang, bercuti atau bertukar tempat kerja bagi memudahkan penyelenggaraan dilakukan; dan

(k) memaklumkan kepada pentadbir sistem ICT atau pegawai keselamatan ICT (ICTSO) sekiranya berlaku atau mengesyaki berlakunya insiden keselamatan ICT.


PENUTUP

Tatacara ini mengandungi amalan-amalan terbaik penggunaan Internet dan mel elektronik yang patut diikuti oleh semua anggota Perkhidmatan Awam dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perundangan. Dokumen ini hendaklah dibaca bersama dengan dokumen Malaysian Public Sector Management of Information & Communications Technology Security Handbook (MyMIS) dan Buku Arahan Keselamatan.


Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan

1. Rahsiakan kata laluan anda dari pengetahuan orang lain. Pendedahan kepada yang tidak berhak adalah satu kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.

2. Sekiranya kata laluan telah dikompromi atau disyaki dikompromi, hendaklah dilaporkan kepada pentadbir sistem ICT dan kata laluan sedia ada diubah dengan serta merta.

3. Kata laluan hendaklah diubah sekurang-kurangnya sekali dalam 30 hari.

4. Kata laluan hendaklah mempunyai saiz sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan alphanumerik dan simbol khas. Contoh kata laluan yang baik adalah "j2-yU!pa". (AMARAN: Jangan guna kata laluan ini kerana ianya telah diketahui umum).

5. Elakkan dari menggunakan semula empat (4) kata laluan yang terdahulu.

6. Kata laluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di mana-mana media.
Last Updated on Tuesday, 21 April 2009 10:50